top of page

Pengasas PBK

PHOTO-2019-04-07-22-30-42.jpg

Bhaludin bin Saleh

Cikgu Bhaludin bin Saleh ialah pengasas dan tenaga pengajar utama PBK. Beliau mendapat latihan dari Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), B.A. Hons. Linguistik & Pengajaran Bahasa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga memperoleh Sarjana Pengajian Melayu dari Universiti Malaya (UM).

 

Beliau berpengalaman mengajar Bahasa Melayu di beberapa buah sekolah kerajaan selama lebih 20 tahun. Beliau  pernah mengajar di SMK Tunku Abdul Rahman (STAR) Kuching, Sekolah Vokasional Kuching, SMK Stampin dan Kolej DPAH Abdillah, Kuching, Sarawak.  Selain itu, beliau pernah menjadi Pemeriksa Kertas Bahasa Melayu 1 SPM selama 8 tahun dan pernah dilantik sebagai Ketua Pemeriksa Lisan Bahasa Melayu peringkat negeri Sarawak pada era awal 90-an.

 

Cikgu Bhaludin merupakan pengerusi dan penasihat Pusat Bimbingan Karya Sdn. Bhd (PBK), Lot 2977, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching, Sarawak sejak tahun 1993 sehingga kini.  Beliau membimbing murid peringkat SPM dalam kertas Bahasa Melayu 1 & 2 di PBK. Beliau juga sering mengendalikan bengkel dan ceramah mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM serta menulis beberapa buah buku panduan kertas Bahasa Melayu 1 & 2 SPM. Antara buku panduan terbaharu yang telah diterbitkan oleh beliau ialah buku Panduan Menjawab Soalan Bahasa Melayu Kertas 1 & 2 SPM serta Koleksi Karangan Contoh (Jilid 1), Koleksi Esei Contoh dan Soalan-soalan Latihan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM (Jilid 2).

 

Kini, beliau sedang menulis sebuah lagi buku panduan terbaharu untuk panduan pelajar yang akan menduduki SPM pada tahun ini dan pada tahun seterusnya. Beliau juga bercadang untuk mengendalikan kursus dalam talian (online courses) bagi kertas Bahasa Melayu untuk semua peringkat. Pada kesempatan ini, beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan bekas murid serta murid yang sedang belajar di PBK pada masa ini.

 

Terima kasih kerana menaruh kepercayaan terhadap Pusat Bimbingan Karya (PBK) dan Cikgu Bhaludin bin Saleh.  

Teknik Pengajaran + Pendekatan Kami

Bacaan Luas/Akhbar/Buletin PBK

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) di PBK amat menekankan penggunaan akhbar dan buletin PBK. Tujuan utamanya adalah untuk mendedahkan murid-murid tentang isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara.  Hal ini amat penting kerana murid-murid memerlukan pengetahuan yang luas untuk menulis esei  dengan baik.  

Penggunaan Multimedia

Peperiksaan percubaan dan Seminar

Pada setiap tahun PBK akan mengadakan peperiksaan percubaan dan seminar UPSR, PT3 dan SPM. Kertas soalan dan jawapan akan digubal oleh guru pakar dari Semenanjung Malaysia yang dilantik oleh pihak PBK.  Skrip jawapan murid akan dihantar ke Semenanjung Malaysia untuk disemak oleh guru-guru pakar berkenaan.  Seminar UPSR, PT3 dan SPM juga diadakan tiga atau empat minggu sebelum menjelangnya tarikh peperiksaan sebenar.  Semua penceramah atau pembimbing semasa seminar adalah guru-guru pakar dalam bidang Bahasa Melayu dan Sejarah. 

Guru-guru menggunakan projector LCD semasa mengajar. Kebiasaannya guru-guru membuat bacaan luas melalui akhbar dalam talian seperti Utusan Online, Berita Harian Online, Malaysiakini, DetikDaily dan lain-lain.  Guru-guru juga akan membincangkan bahan pengajaran melalui penggunaan projector LCD. 

Bahan pengajaran PBK

  • Mengikut standard Sukatan Pelajaran Malaysia

  • Bahan mingguan/isu minggu ini - Artikel 1 dan 2 melalui petikan surat khabar, tatabahasa, penulisan esei, ulasan, peribahasa, komsas, novel, karya kreatif, dan lain-lain.

  • Bacaan luas melalui surat khabar, Buletin PBK, Majalah Dewan Pelajar, Internet seperti Utusan Online, Berita Harian Online, Malaysiakini dan lain-lain.

Kelas bacaan novel dan klinik peperiksaan

Kebiasaannya apabila menjelang peperiksaan awam, kelas bacaan novel akan diadakan untuk murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya novel yang diwajibkan.

 

Klinik peperiksaan pula akan diadakan bagi murid-murid yang ingin membuat latih tubi dan akan disemak terus oleh guru yang bertugas. Melalui klinik peperiksaan, murid akan diberi tunjuk ajar tentang teknik menjawab soalan dan diberi tunjuk ajar semasa membuat pembetulan.  Klinik peperiksaan menggunakan kaedah “seorang guru dengan seorang murid” (one to one). 

Mengapa pilih PBK

1.

Sejak penubuhan PBK 30 tahun yang lalu telah terbukti 99% murid telah lulus dan majoritinya mendapat gred A dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. 

2.

Penggunaan surat khabar, buletin PBK dan bahan bacaan dalam talian amat dititikberatkan dalam pengajaran supaya murid boleh menulis esei yang bermaklumat.

3.

Murid-murid yang lemah akan dibantu dengan mengadakan kelas bacaan novel dan klinik peperiksaan di luar waktu kelas. Tiada bayaran dikenakan.

4.

Guru-guru yang mengajar di PBK adalah guru-guru sekolah yang terlatih dan berpengalaman luas.

5.

Sukatan pelajaran mengikut Sukatan Pelajaran yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

6.

PBK menggunakan khidmat nasihat guru-guru pakar dari Semenanjung Malaysia dalam penyediaan soalan, skema jawapan dan teknik menjawab yang mutakhir. 

7.

Masa kelas sangat fleksibel kerana murid-murid boleh memilih masa dan hari mengikut kelapangan kerana PBK menyediakan lebih daripada satu kelas dalam satu-satu sesi.

Sejarah

Pusat Bimbingan Karya  merupakan sebuah pusat tuisyen yang ditubuhkan sejak tahun 1987, namun pusat tuisyen ini didaftarkan secara rasmi pada tahun 1993 dengan nama Pusat Bimbingan Karya Sdn. Bhd.  Semenjak itu, PBK telah mendidik ribuan murid dari sekolah-sekolah di sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak, Malaysia. Pada peringkat awal, murid-murid dari Sekolah Menengah Kuching High, St. Teresa, St. Joseph dan St. Mary sahaja yang belajar di PBK kerana pada waktu itu PBK terletak di Jalan Ban Hock, Kuching yang berhampiran dengan sekolah-sekolah berkenaan. Ketika itu, PBK dikendalikan oleh pengasasnya sahaja iaitu Cikgu Bhaludin bin Saleh.  Beliau hanya menumpukan pengajaran kepada murid-murid Tingkatan 4 dan 5 untuk mempersiap mereka bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam pada itu, terdapat juga beberapa kumpulan murid yang gagal dalam kertas Bahasa Melayu peringkat SPM dan guru-guru yang tidak mendapat kredit Bahasa Melayu peringkat SPM yang menghadiri kelas tuisyen di PBK untuk menghadapi peperiksaan Bahasa Melayu “Single Subject” yang juga dikenali Bahasa Melayu SPM Julai ketika itu.

​

Beberapa tahun selepas penubuhan, PBK berkembang maju dan banyak permintaan daripada ibu bapa dan murid untuk kami mengadakan kelas  Bahasa Melayu pada peringkat UPSR dan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Maka, beberapa orang guru yang mengajar di sekolah sekitar Bandaraya Kuching telah dipilih untuk mengajar Bahasa Melayu pada peringkat berkenaan.  

​

Pada tahun 1994 PBK telah berpindah ke bangunan sendiri (PBK Old Block) di Bormill Commercial Centre, Jalan Keretapi, Kuching, Sarawak. Di bangunan empat tingkat ini kami menyediakan 11 bilik untuk mengajar murid-murid pada peringkat UPSR, PMR/PT3, SPM dan Pengajian Am untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Ketika itu, kami cuma beroperasi pada hujung minggu kecuali kelas Cikgu Bhaludin sahaja diadakan pada setiap hari.  Semakin hari permintaan daripada masyarakat tempatan semakin meningkat, maka PBK terpaksa menyewa satu lagi bangunan berhampiran yang menyediakan 6 bilik kelas untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah. Kelas di PBK di Jalan Ban Hock masih juga beroperasi seperti biasa. Akhirnya, pihak pengurusan PBK mengambil keputusan untuk menyatukan dua pusat tuisyen PBK menjadi satu iaitu di Bormill Commercial Centre, Jalan Keretapi, Kuching, Sarawak.  

​

Pada tahun 2005, kami menubuhkan pusat tuisyen baharu iaitu PBK New Block juga di Bormill Commercial Centre, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching. Tempat baharu ini menyediakan pusat perkhidmatan seperti kaunter pendaftaran dan pengurusan murid, pusat akademik dan beberapa bilik kelas serta sebuah surau untuk kemudahan kakitangan, guru dan murid menunaikan solat.  

​

Akhirnya, pihak pengurusan PBK mengambil keputusan untuk menutup PBK di jalan Ban Hock dan menyatukan dua pusat tuisyen PBK menjadi satu iaitu di Old Block dan New Block Bormill Commercial Centre, Jalan Keretapi, Kuching, Sarawak. Sehingga kini, PBK masih unggul dan masih beroperasi seperti biasa.

bottom of page